Monday, October 11, 2010

peristiwa 10.10.10 berkaitan diriku

101010
wah cantik kan date nih?
macam date kawen..
best..
tetibe rase nak kawen..
oppss
calon takde lagi, lupa lak
maklumlah single ni kadang2 tak terasa ke'single'an nye
yeke?
sebab saya sentiasa ditemani kawan2..


101010
ini tarikh keramat buat saya dan juga coursemate mikrobiologi
kami konvo pada hari ini
best jumpe ramai2 kawan sekelas
especially yang lepas grad terus bertapa dalam gua
heheheheh
mase ni sume pakai cantik2 penuh stylish
tak kurang juga ade member yang bertukar status


101010
sepatutnya menjadi tarikh yang gembira
tapi ade juga insan2 malang
ditimpa malang musibah pada hari ini
buat mereka yang kehilangan ahli keluarga@ rakan
saya sedekahkan Al-Fatihah buat mereka
moga mereka tenang di sana

101010
lagi peristiwa tentang tarikh ini
biasa la manusia tak pernah puas
selalu juga tak bersyukur
saya bukan la nak berdendam
cuma teringat kisah lalu

**************************************************
dulu kami pernah berkawan
boleh kira rapat la kot sebab ber'geng
entah ape silap saya
mungkin jeles agaknya
beliau itu suka berbuat macam2 pada saya
sakitkan hati, sorokkan perkara dari pengetahuan saya
selalu cuba menyisihkan saya dari ahli yang lain

bukan la nak kata saya ni baik
tapi kalu ade salah, tegurlah saya
ini tidak, depan2 saya buat baik
belakang dia kutuk macam2 pasal saya kat ahli yang lain
nasib juga ahli lain mereka simpan rahsia
still berbaik dengan saya
kalu lah mereka bulat2 terima fitnah si polan itu
mungkin saya tak pasal2 diketepikan
syukur Allah menolong hambaNya yang tak bersalah

lain pula bagi si polan itu
sudah terang lagi bersuluh dia yang salah
tapi tak mau mengaku
takpelah tak paksa pun mengaku
at least minta maaflah
minta maaf pun tidak
tak minta maaf pun takpelah
saya assume dia tak tau je kot

tapi dia sebok beritahu orang lain
cerita itu ini minta perhatian
bukan setakat nasi, siap lauk pauk dan nasi tambah lagi
pastu dengan bangga ade lagi dessert
haih sudah masuk menyebarkan fitnah pula
kita sebagai rakan dia punya la cover kesalahan dia
tapi dia sebok nak salahkan orang yang dia buat salah

mula2 memang berapi juga
berani2 dia membuat onar
depan bukan main baik macam malaikat, alim konon
belakang2 sebar fitnah
entah sape lagi jadi mangsa dia
patutlah sebelum ni dia pernah beritahu
"aku takde kawan baik, sebab kawan baik aku sume perangai buruk"
Ya Allah sanggup dia berkata begitu
kalu tak suka, jangan berkawan
kan lebih baik, daripada kawan makan kawan?

mase tu, macam2 gak saya post kat facebook
meluahkan rasa marah
sebab siang2 kita elok2 dengan dia
tiba2 petang buka facebook jumpa lak status dia kat home
mengutuk macam2
tapi dia memang cerdik
bila saya pula yang post, dia terus delete post fitnah dia tu
jadi bila orang lain baca, saya la yang nampak jahat
paling teruk, dia pernah kutuk saya
kat ahli geng yang lain
kata saya ini buat jahat itu ini kat dia
tapi kawan yang dengar tu diam je

bila ade juga ahli lain yang kena dengan perangai jahat dia
baru lah terbongkar semua rahsia
terbuka semua pekung dia
aiseh
sampai hati dia buat macam tu

mase tu bila ramai dah tahu
baru sebok nak baik2
belanja makan lah itu ini
semenjak ade pakwe
kawan ditinggalkan
bila pakwe sebok@ jauh
baru nak baik2 semula
sebab, dia takde kawan lain
kan dia yang buang dulu...
sape suruh buang kawan

banyak kisah tak best tentang si polan ni
kalu nak luah semua, penat nak menulis
motif saya tulis ni bukan la nak sebar cerita pasal dia
saya pun kalu boleh, biar yang berkenaan saje yang tau
tak best lak semua tau, tak masyuk

tapi terkilan juga
sebab mase dulu kami 1 geng
banyak juga kenangan manis
walaupun tak tahan perangai dia
tapi kami still hargai dia sebagai kawan

saya takdelah jahat sangat
maybe jahat kot, tapi tak sangat
sebab kalu dia minta maaf kat saya
saya takkan buang dia
kawan2 segeng pun takkan buang dia
silap besar dia ialah
dia cuba menghancurkan geng kami

dia tahu kelemahan saya ialah pada kawan2
kalu hubungan dengan kawan KO
saya pun semangat KO
jadi malam sebelum seminar presentation saya
dia send mesej minta maaf kat semua ahli geng
KECUALI saya

masa tu memang down giler
tak semangat nak present
nape dia taknak minta maaf dengan saya
saya ade rampas laki dia ke?
saya pun single, takde mase cari pakwe
dan bukan taste saya amek hak orang

bila saya tau perkara tersebut
terus saya nangis

masa tu saya memang langsung tak boleh nak berkawan
tengok muka dia rasa marah
sebab dia minta maaf kat kawan2 lain
mereka pun macam "ah OK jela"
saya pun decide nak keluar geng
berjalan sendiri
makan sendiri
pegi kelas sendiri
dan dia pun mula rapat2 dengan kawan2 semula
(takde la baik pun, setakat tegur je)

tapi saya bersyukur
geng saya sayangkan saya lagi dari dia
bila mereka sedar saya menjauhkan diri
mereka mencari saya
kata mereka
"dia tu saja nak jatuhkan kau
jangan terpedaya dengan taktik dia
dia buat macam ni supaya kau sakit hati
supaya kau takde kawan
jangan risau kami semua sokong kau
kami tau niat sebenar dia tu"
lebih kurang gitu la ayat kawan aku tu
sungguh terharu

selepas itu, saya kembali ke geng
dan kami sepakat sisihkan dia

dia tak kisah
sebab pada dia, pakwe kan ade
takpe takpe
hiduplah dengan pakwe kau tu
kami pun tak heran
pakwe dia marah2 kami 
katanya sebab kami buli awek dia secari psikologi

bukanlah...sebenarnya dia itu yang sakit mental
mase OK, sebok cari masalah
dah dapat masalah, sebok salahkan orang
dia kata kami ni jahat, tak sedar diri
orang lain semua jahat, dia saja lah yang baik

tapi sebenarnya.....
dia lah yang tak betul
sebab kalu dia tu baik
takkan la geng dia sebelum kami ni
buang dia dulu
tak sampai 1 sem pun dia dalam geng itu
kami ni kira baik hati
bersabar dengan dia selama 5 sem
saya ni lagi lah baik hati
bersabar dengan dia 5 sem

saya tak kisah dia nak jahat dengan saya
tapi saya kisah bila kawan saya juga dia buat macam tu
sebab saya boleh bersabar
tapi kawan saya yang hati lembut?

saya tak kisah dia nak kata ape pun
tapi saya kisah bila dia cuba gagalkan saya dalam exam
sebab dia yang pegang nota kuliah
dia beri kawan2 lain semua cukup
tapi dia beri saya tak cukup
dan nota yang tak cukup tu la masuk exam paling banyak
nasib lah saya ni separa genius
lulus juga exam susah tu
dah abis exam, saya pun bincang2 dengan kawan
check balik nota
masa tu baru perasan dia tak bagi nota tu
tapi dia buat macam tu pun still saya bersabar

ade lagi satu story
dia pinjam barang saya
sebab saya ni materialistik sikit
saya pun pesan agar jaga barang itu elok2
dia pula marah2 dan tak dengar pesan saya
kemudian dia pulangkan barang saya itu, lewat
saya terkejut melihatnya, rosak remuk
saya pun kecewa, lalu bertanya
"aih kenapa rosak?"
dan selamba dia cakap
"oh sorry tak perasan..tadi kan aku kan keluar dating dengan
tutt tutt, kitorang pegi sana sinun blablablabla......"
saya rase kecewa dan marah amat
cakap sorry dengan penuh ringan dan kasual sekali
tanpa rase bersalah langsung atas kesalahan merosakkan barang
saya pun tutup pinta, tapi dengan perlahan
dalam bilik saya menangis sorang2

esoknya, ade pula kawan sekelas tanya
"kau halau si polan tu dari bilik semalam? siap hentam pintu lagi tu!"
sah, memang dia cerita kat orang lain
tapi siap ade nasi tambah lagi
oh geramnya

mase dinner kolej, biasalah orang mekap
pakai baju lawa2
walaupun saya sakit hati mase tu
saya pendam rasa sakit tu
dan offer nak mekapkan dia sebab dah janji dulu
tapi dia terus buat muka, siap abaikan saya
lalu mencari orang lain untuk mekapkan dia
mase tu ahli geng saya yang lain pun pelik
orang yang nampak pun fikir lain
"mesti nabila buat salah kan?"

tak perlu jadi hitam untuk jadi kambing hitam
saya tau saya marah benda kecil pun
tapi saya takdelah amek hati lama2
tapi dia pula lebih2
siap salahkan saya lagi

tapi takpe lah
semua tu dah berlalu 
dah berakhir pun

dan kalu dia minta maaf dengan ikhlas
saya pun takkan benci dia

kalaulah dia sedar perbuatan dia tu
kalaulah dia sedar yang dia telah sakiti hati orang lain
kalaulah dia sedar
kenapa dia susah dalam hidup, mungkin kerana tak meminta maaf
dari orang yang dia buat salah?
mungkin dia fikir perkataan maaf tu remeh
mungkin dia fikir, kalu dah cakap sorry tu oke lah

sebenarnya tidak
perkataan maaf bukan hanya perlu keluar dari mulut
atau atas skrin handphone
tapi ia perlu disusuli keikhlasan
serta kekesalan atas kesilapan yang dilakukan
serta berjanji takkan ulang lagi kesilapan tu

*************************************************

101010
hari ini saya konvo
jumpa ramai kawan2 yang dekat dan jauh
masing2 dah punya hidup sendiri

dan hari ini juga
saya berjumpa kembali dia
dia masih begitu
masih dengan perangai itu
masih dengan attitude itu

dia tidak begitu gembira
sebab mungkin dia tak lagi punya kawan
hanya mampu beratur di antara kawan2 yang lain
tapi mereka pun tak berbual rancak dengannya
sedang saya dan kawan2 lain
kecoh bergambar pelbagai aksi

saya melihat dia memandang ke arah saya
lantas saya senyum padanya
tapi dia terus berpaling dengan muka masam

mungkin saya perlu meminta maaf dulu kot..

tapi sejujurnya, saya tak sanggup lagi berkawan dengannya
biarlah tak berkawan langsung
sebab berkawan dengannya
hati saya sakit
telinga juga perit dengar cerita kurang enak
sebab berkawan dengannya
menyebabkan saya jadi mangsa mulut busuk
topik hangat fitnah yang ditabur

jadi, biarlah saya bermusuh
sebab
kalu saya musuh dia
dia cerita buruk pun takde la saya kisah sangat
sebab biasalah kan musuh?
mestilah buruk2 belaka

so...
pada 101010 ini
itulah filem kehidupan saya
yang terakam kemudian diulang tayang

101010 was a great day with a cocktail of feelings. (Nabila, 2010)


No comments: