Sunday, January 2, 2011

kegigihan hamster yang menakjubkan!

mase nak tulis ni, saye tengok jam.oh, jam 1.11am. mengikut citer witch yoo-hee, 
kate moo ryong, kalu tengok jam nampak 1.11, means ade orang rindu,hoho..
oh sudah terkeluar tajuk.

mase tengah tulis ni, hamster saye taiko dan taichou itu sedang gigih bermain roda.
tak henti sejak saye angkut barang pindah bilik tadi, bermula jam 9.

terpikir gak, tak penat ke mereka ni? asyik kayuh roda je.padahal bukan bergerak 
ke destinasi lain pun.
kayuh laju2, tang tu gak pusingnya.aish..

pastu saye try sekat roda.oh berusaha mereka 2 ekor itu cuba memusingkan roda.
tolak2 jagung tiruan tu jauh dari roda. nah, akhirnya jagung tu jatuh, 
dan dapatlah mereka berkayuh semula.

mereka berkayuh macam ada misi penting.tak bole gagal.mesti teruskan sampai
 abis tenaga.kalu penat, makan tido pastu sambung berkayuh balik.sungguh rajin.

pastu saye pun terpikir. alangkah bagusnya kalu saye sungguh determine macam hamster ini.
walaupun macam tak nampak ape2 perubahan, tetap tak berputus asa mengayuh.
walaupun roda tu tak membawa ia jauh, mereka tetap mengayuh.
dengan harapan bole sampai kat kuaci luar cage.
bila saye makan sedap2 depa mereka, semakin laju mereka mengayuh.

sampai berebut2 roda tu.cage kecik, tak muat nak letak 2 roda.hamster sekalian, 
doa lah saye kaya,bole beli cage besar macam istana.

mereka gigih mengayuh roda tu.berlari laju macam F1.tanpa jemu. padahal hari2 main roda tu.
kalu saye, mesti dah bosan.pastu terus fed-up.dan quit.
tapi tidak mereka.
mereka tetap teruskan.walaupun tiap2 hari buat mende sama.tak bosan.penuh semangat.

kegigihan hamster berusaha mengayuh roda tanpa jemu tu, membuat saye berfikir sejenak.
alangkah bagusnya kalu feel saye macam hamster tu.
walaupun tiap2 hari wat keje same, tetap tak mengalah.tetap memberi 100% effort dalam kerja.
alangkah bagusnya kalu saye macam hamster itu ketika membuat labwork saye yang hari2 almost benda sama.
almost.bukan fully same pun.almost je. tapi itu pun saye merungut.

baiklah.selepas memerhati hamster selama beberapa jam tadi (sampai tak terkemas bilik)
saye membuat keputusan untuk mencontohi sikap hamster
yang tak berputus asa dan tak jemu buat kerja tu

life is complicated, but keep it simple to be reminded =)

1 comment:

Husna Adilah said...

hamster also like ants :D