Wednesday, September 15, 2010

4 MINIT

    Perut sakit memulas. Aku pergi ke jamban. Pintu jamban dikuak satu persatu. Hoh, pengotor sungguh insan-insan misteri. UWEKKSS! Ada tinggalan 'submarine' dan juga tisu di mangkuk tandas. Kerja siapa yang sungguh tak senonoh ini. Satu, dua, tiga. Ah, jamban no.4 bersih. Berkilat mangkuk tandas, bak pinggan kenduri dicuci dengan dishwasher jenama Sunlight. Sungguh licin. macam kepala licin Harith Iskandar juga. Aku terpikat dengan kebersihan jamban tersebut, lantas masuk tanpa segan silu.

   4 minit selepas aku melangkah masuk ke jamban no.4. Tetiba aku teringat sesuatu. Mereka kata jamban no.4 ini keras. Ya, memang keras kerana diperbuat daripada batu, simen, tiles dan lain-lain. Bukan setakat keras, malah 'keras'. Mereka kata 'keras' kerana suasana jamban no.4 itu suram. Suram? Aku tengok OK je.

   4 minit kedua. Baru aku teringat. Mereka kata jamban no.4 ni seram. Ada kisah kurang enak didengar mahupun digambarkan dalam kotak minda. Kau teringin kah berfikir ligat tentang hal sebuah jamban? Aku pun tak minat. Aku cuba kosongkan minda. Biar lekas aku kosongkan usus. Lagi lekas urusan 'saham' aku setel, lekas jugalah aku meninggalkan 'bank' yang tiada untung ni.

  4 minit ketiga. Urusan jual-beli 'saham' masih belum membuahkan hasil. Aku setia menunggu. Kaki kanan sudah mula kebas. Saat kaki kiri juga mahu kebas, kedengaran bunyi aneh luarbiasa lagi debomm di luar pintu. Manusia kah? Atau kucing yang mahu tumpang. Aku harap kucing. Tidaklah aku rasa ngeri. Ya, memang seekor kucing, kucing hitam. Mata kucing itu putih, macam buah mata kucing yang ada dijual di pasar malam. Secebis perasaan seram dan aneh mula menyelubungi hati dan minda kosongku.

   Kucing itu merenung tepat ke arahku. Aku tiba-tiba rasa malu. Ah, cukup, jangan pandangku lagi! Aku  pejamkan mata, dengan harapan kucing itu pergi jauh-jauh sambil ia melupakan 'scene lucah' tadi. Selepas bayangan kucing itu pergi, aku menyambung pekerjaanku sambil mengira berapa minit telah kubazirkan.

   Beberapa saat sebelum 4 minit ke-4, aku mula terasa aura aneh lagi seram menyelubungi suasana jamban no.4. Entah kenapa aku tiba-tiba menjadi seorang pengecut, walhal aku sebenarnya seorang yang berani umpama Count Dracula. Mungkin kerana kekurangan blood type B+ supply, Count Dracula kehilangan count. Kucing hitam misteri itu kembali. Kali ini lebih pelik. Renungan mata putih yang tiada hitam semakin menggila. Aku juga hampir naik gila kerana ketakutan. Kucing misteri itu bertukar rupa, mentransformi dirinya menjadi seekor mahkluk yang luarbiasa hitamnya. Berbulu lebat serta berwarna hitam. Aku takut gila.

   4 minit keempat. Mahkluk itu mendekati aku, mendengus kuat. Dengusan nafasnya menyebabkan rambut aku serabai dan messy di depan, umpama rambut Justin Bieber. Titisan peluh dingin yang keluar menjadi kering serta merta dek hembusan yang kuat. Mahkluk itu menarik tangan kananku.

"AAAAHHHH!!! LEPASKAN!!!!!" aku menjerit kesakitan yang amat. Tangan kananku dipulas kuat. Kulit dan dagingku yang tak seberapa itu terkoyak. Sakitnya, Tuhan saja yang tahu. Tangan kananku ditarik lagi. Putus. Seperti harapanku untuk lari menyelamatkan diri. Putus. Aku meraung.

   Mahkluk itu masih belum puas. Dicapainya kaki kiriku. Ditarik-tarik macam main tarik-tarik daun kelapa. Kakiku sakit. Hatiku juga sakit. Dalam hati aku berkata "Bodoh bangang la mahkluk durjana ni! Dia tau ke tak erti sakit?!". Kaki kiri aku dipulas kuat. Aku cuba minimas efek sakit kena pulas dengan mengikut arah pulasan kakiku. Oh kali ini bukan setakat kaki aku sakit, kepala aku juga sakit. Aku cuba melawan dengan menyumbat hidung mahkluk itu dengan tisu jamban. Berkesan. Mahkluk itu terdiam, terpana, sedikit terkejut kerana aku melawan. Sangkanya aku ini insan lemah.

   Mahkluk itu menghentikan serangan hendapnya ke atasku. Kemudian ia ketawa mengilai macam pontianak harum sundal malam. Aku pun membalas hilaiannya itu.


"Kau tak kenal aku ke?" mahkluk itu bertanya.


"Tidak, aku takde musuh mahupun kawan macam kau!" aku menjawab, sambil mengerang kesakitan.


"Betul kau tak kenal?" ia bertanya lagi. Aku mula naik hangin. Aku kata tak kenal, tak kenal lah. Mau tanya lagi.


Mahkluk hitam misteri itu bertukar lagi. Macam transformers. Kali ini saiznya lebih kecil daripada kucing hitam, iaitu sebesar nyamuk. Ya, saiznya kecil sebesar nyamuk sebab ia transform kepada seekor nyamuk. Saat aku mula menampar nyamuk itu ke dinding dengan tangan kiriku [sebab tangan kanan dah putus], nyamuk itu sempat berkata, "Akulah nyamuk yang kau tampar setahun yang lepas hingga separa penyek, kemudian kau cabut kaki dan sayapku satu-persatu!".

Baru aku tahu. Itu adalah jelmaan nyamuk yang menuntut dendam atas kematiannya di tanganku.


   4 minit keempat sudah berakhir. Aku tersedar. Tangan kananku masih tercantum di bahu, tiada kecederaan serius mahupun ringan. Yang ada cuma bekas gigitan nyamuk. Dan aku masih di katil. Rupa-rupanya aku bermimpi.

Aku terasa perutku memulas. Patutkah aku ke jamban?

4 comments:

MHidzir aka Embun said...

hoh

igtkn hape
tahan je la berak tu haha

Husna Adilah said...

heee pe la bila nie! merapek die makin menggile2. risau perlu ke bwak u ke hospital ? :D hehehe.

nice work!

Anonymous said...

ko mmg ratu merepek..haha

The Rocking Hijab said...

mengong. hahhahahahaha